Wednesday, August 22, 2007

Perbezaan diantara laman Web dan laman Blog


Ramai diantara kita mungkin telah mempunyai laman Blog sendiri. Laman Blog merupakan satu kemudahan untuk mengemaskinkan maklumat secara online dengan lebih mudah. Mungkin ada yang bertanya apakah perbezaan laman blog dan laman web?


Laman BLOG juga sebenarnya merupakan laman web, laman blog adalah laman web yang mempunyai komponen Blog didalamnya. Komponen Blog merupakan komponen yang membolehkan seseorang mengemaskini maklumat berformatkan Journal didalam sesuatu laman web dengan lebih efisyen.


Dengan komponen Blog didalam laman web, proses penyusunan maklumat yang dikemaskini akan susun, dan dikatogerikan secara automatik. Pengguna hanya perlu menaip didalam ruang yang disediakan, dan menekan POST, maklumat yang terkini akan diletakan dibahagian atas, dan maklumat yang sebelumnya akan diletakan dibahagian bawah.


Laman Blog juga boleh mengkatogerikan maklumat yang dikemaskini mengikut tarikh secara automatik. maklumat akan disusun mengikut minggu, bulan dan tahun.


Selain daripada itu laman-laman blog juga mempunyai kemudahan langganan maklumat terkini melalui RSS. Kemudahan ini hanya memerlukan mereka yang ingin melanggan maklumat Blog tersebut memasukkan alamat laman blog tersebut didalam RSS reader mereka.


Apabila terdapat maklumat terkini yang telah dikemaskini, satu kenyataan akan dihantar kepada perisian pembaca RSS yang digunakan.


Diantara pemberi kemudahan Laman Blog adalah www.blogger.com, www.wordpress.com dan www.typepad.com.



No comments: